Tuanku Jaafar Selamanya

Assalamualaikum,

"Pagi terjaga ku dari mimpi, terasa hati senang sekali" ~ Now Playing

Sambil tulis entry ni, aku tengah dengar lagu generasi by OAG. dah kenapa pulak? sebab lagu ni dah tunjuk kehidupan aku sebagai seorang pelajar dekat sekolah yang agak top di Malaysia .

Di mana?


SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR.

jadi bermulalah kisah aku sebagai seorang pelajar yang merupakan pelajar intake ke berapa pun tak tahu. aku masuk ke STJ 4/5/09. aku tau, senang nak ingat. 4/5. 

Merupakan pelajar yang agak panas baran. Aku belajar sesuatu bila pertama kali masuk sekolah ni.

"oh, ada batch? nama batch apa?" pertanyaan aku dekat salah seorang kawan dekat musolla (waktu tu musolla dekat bawah . sekarang dah jadi bilik tv + kbond + cyber cafe)

"belum ada nama batch." haha, actually aku pun takdelah tahu sgt kehidupan boarding school ni macam mana. tapi yg pelik lagu batch ada. 

so, aku mulakan kehidupan macam biasa. Biasalah budak baru, siapa nak kawan. ingat lagi malam tu, aku masuk kelas. (aku ada cousin satu kelas, dia yg bawak)

malam tu aku duduk dekat hujung kelas. doin nothin. dan fhm2 lah bila ahli kelas lain naik prep kat kelas (aku dekat kgv prep dekat bilik prep je). pernah tak nampak situasi di mana kau budak baru dekat hujung, budak lama dekat hujung dari kau gather lepas tu berbisik. ok, tu situasi aku.

Aku masuk hari first, biasalah, takkan nak tiba tiba senyum mcm joker. aku pun buat lah muka biasa je. (muka mintak penampar. tak senyum). so aku waktu form 1 kurang kawan. maksud aku kawan sekelas je lah

remember,  waktu form 1 aku paling rapat 3-4 org je.
abaikan struktur badan aku segalanya

Perempuan Farabi 09, ade lagi 4 org kalau tak silap

form1, perangai budak budak.

********************************************************************

Jadi zaman form1 berlalu, aku malas nak cerita zaman form2 , tiada apa2 yg pelik berlaku. masih dalam kelas sendiri.

PMR 2011. di situ semuanya bermula.

Tahun tu aku belajar semua, erti persahabatan, bergaduh, belajar sama sama, merancang aktiviti sama sama.
Waktu tu, aku dah mula kenal2 dgn budak kelas sebelah, kelas kelas lain. oh, kami masih dimasukkan di kelas tingkatan 1. MEMORIES!.

belajar punya belajar. Alhamdulillah Allah bagi aku 8A PMR. tapi apalah sangat 8A tu kan? Kena fokus SPM tahun hadapan (2012)

**********************************************************************

Masuk ke tingkatan 4, di situ banyak lagi yg aku belajar. teringat kes bawah tangga . haha. oh bukan kes tu. fikiran semua teruk. ada lah masalah dia. haha. tapi kejadian tu buatkan aku faham erti persahabatan yg sebenar. bukan mudah nak ubah seseorang, kita kena ubah diri kita.

Blok tingkatan 4 dipisahkan dari blok blok yg lain. almaklumlah, blok baru en? memeang di situ menjadi markas kami sekeluarga. ceh, zaman form 4 ni aku start kenal semua batch aku. although ada yang tak dpt, atleast aku hafal nama semua.

So, teringat waktu zaman form 4, ade la sekumpulan pelajar ni. waktu form 3 buat perjanjian tak nak layan form 4 baru sebab dgr ura2 ada yg jahat, tak sama kepala dgn kiteorang. nak aku namakan ke sape?perjanjian K8.HAHAHAHAAHAHAHAHAHAH. Benda ni aku boleh gelak puas puas lepas habis SPM ni.
siap ada buat group. namakan budak form 4 baru. ahhahahaha..... aku antaranya.


aku tau aku jahat, tapi apa perasaan kau bila kau dah mula rapat dgn kawan2 kau, tiba2 ada org baru dtg yg boleh menjejaskan persahabatan kau?ok tu aku fikir. hahah. terbukti  SALAH.

So adik adik yg ku sayangi sekalian layanlah kawan2 anda dgn baik tak kira budak baru ke jahat ke apa ke. Kita manusia semua sama je.

Oh tahun ni juga kawan baik aku. dia tiba2 dtg dekat kelas aku dan tulis kat papan putih.

"CLK.Fargahani Is All In"

Dia masuk dekat kelas aku dan tulis benda ni. serious aku curious.

"bib, apo CLK ni?"

"Cinta Lepas Khawin lah. Dena Bahrin"

Baru aku ingat, waktu ni heboh yg Pasangan Suami Isteri yang Bercinta selepas khawin. alaaaa, dena bahrin tu.

So, kawan aku ni pun semang la nak buat. aku pun follow lah join benda ni. bukan group pun.

hebatkan?

Hebatnya sampai termasuk dlm logo batch kami. hahahah. tak nak tunjuk. malas

tahun ni jugaklah aku jadi Co-Editor untuk majalah PESAKA.
Majalah tahunan sekolah.. banyak kisah sedih, tak sedih. semua ada.

Tak lupa, waktu ni juga aku start kenal2 dgn Prestij (ALUMNI STJ)
seriously mereka banyak support event2 sekolah. KUDOS!
**********************************************************************

ZAMAN FINALE

Zaman ni, haih... zaman yang penuh emosi aku.

Zaman yang banyak memberi aku makna.

CIKGU
ALUMNI
SAHABAT
JUNIOR
ACIK ACIK PEKERJA.
MAMA & PAPA KANTIN
AUNTY SHY

Cikgu cikgu yang selama ini aku hanya anggap sebagai cikgu, telah ubah persepsi aku, mereka ni jugaklah ayah dan ibu aku. mahupun ada yang mcm akak atau abang sendiri.
Waktu saya susah, cikgu akan sentiasa ada tanya masalah, membuatkan saya rasa tak kekok nak share.
Maklumlah, takkan nak share masalah peribadi dgn cikgu pulak kan? tapi Alhamdulillah aku dah anggap cikgu cikgu Semestijay ni dah macam keluarga aku. KELUARGA BESAR PUNYA!!.

Kepada sahabat sahabat GENS0913 aku.


maaf, gabar ni je yang aku ada.

Ingat waktu form 1, form 2, form 3, form4, form 5?? waktu batch kita tak pack langsung?

ingat lagi? awal tahun form 5 ada diantara kita buat perjumpaan bawah pokok bincangkan masalah batch?
selesaikan masalah?

"mcm mana nak buat hari guru kalau batch tak pack? acara kemuncak tu." aku bagitau ketua batch malam tu.

Terus malam tu dekat dorm bincang pasal batch sampai pukul 2 pagi. Dari situ lah aku kenal erti perjuangan, erti bekerjasama.

Terima Kasih semua. sebab korang, aku capai hasrat aku tengok batch kita dpt buat Majlis Hari Guru yang sedikit sebanyak dpt tinggalkan memori untuk cikgu cikgu kita. ARIGATO'

cantik kan eden edit? hahaha.




*kami rock. pengalaman dapat hande majlis besar besaran macam ni. arigatou AMMOUR.

pengalaman aku lah dapat masuk STJ. ini lah rezeki aku dekat sini. belajar edit video, photoshop.

dah kenapa tiba tiba lagu wrecking ball keluar ni... abaikan













































<3

























Terima kasih kepada pihak pentadbiran SMSTJ kerana telah beri saya peluan untuk melanjutkan pelajaran di bumi Gentam ini. semoga hasil didik guru guru dan nasihat akan saya guna sehingga ke liang lahad insyaAllah cikgu!

Kepada rakan rakan., doakan aku. Doakan agar aku dapat capai cita cita aku.

Terima kasih sebab kau orang ada dgn aku bila aku perlukan kalian.

dah tak  ada dah nak nangis sama sama, mintak maaf sama sama, gather dekat musolla, dekat dewan sama sama.

Dah tak ada beratur dekat abg tebar sama sama.

 Dah tak ada makan ikan puaka dekat mama kantin kalau dm bagi mkn ikan jaket bla bla.

Dah tak ada gelak bila dgr mama kantin gelak lagi.

Dah tak ada dah beli kbond malam malam. Dah tak ada order makanan dekat guard malam malam.

Dah tak ada nak yuya dalam kelas. Dah tak ada nak nyanyi lagu batch, lagu sekolah sama sama,

Dah tak ada dengar korg gaduh gaduh mcm &^&*^%^#%@%^ . hahaha.

Dah tak ada nak kena marah dgn cikgu sama sama

Dah tak ada nak kejut subuh awal2 pagi. ajak qiam etc.

Dah tak ada beli roti dekat koop

Dah tak ada gelak, borak borak. confession night dekat dorm malam malam

Dah tak ada nak suruh form 1 nyanyi lagu raya dekat bawah.

Dah tak ada nak buat experiment kat makmal chemist stj lagi.

Dah tak ada buat video dgn korang lagi

Dah tak ada nak edit photo korang lagi

Dah tak ada nak dengar korang nyanyi mcm sawan dekat dlm tandas.

Dah tak ada makan maggi sama sama. melantak sampai ke pagi.

Dah tak ada stayup sampai tak tidur although esok tu sekolah.

Dah tak ada nak melompat sambut merdeka raya

Dah tak ada nak order yanie pizaa lepas maghrib , order BIG BOX lepas maghrib :'( paling sedih ni

Dah tak ada nak wish raya dekat dalam dewan, salam salam dgn cikgu

Dah tak ada kembara waktu merentas desa

Dah tak ada semangat rumah lagi lepas ni.

Dah tak ada bunyi siren dah kejut subuh.

Dah tak ada tgok mirai nikki dekat bilik tv. YUKKKIIIIIIII!!!

Dah tak ada tgok movie lagi dah :(


Aku akan rindu semua ni. aku yakin alumni alumni pun rindu jugak. well, saya baru nak bergerak menjadi Presttij ni. :D

Halalkan makan minum aku selama ini. TERIMA KASIH SEMUA :)

Oh, lupa nak bagitau. ni batch aku. GENERASI 0913

Assalamualaikum

6 comments:

  1. tengok ini akak pun jd rindu stj dik. :')

    ReplyDelete
  2. haha,,ntah mane ko dpt gmbr aq nan tapoi tuh... nseb bek x nanges bace cter ko ne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih enn? haha, aku yg capture kau punya gambar dgn tapoi tu

      Delete
  3. Ayoi , ko buat aku terharu :') sobsob*

    ReplyDelete