Passion

Assalamualaikum.

Maaf lama tak kemaskini blog, teramatlah busy selama 8  bulan ni (preparation masuk U) dan sebagainya. 

Alhamdulillah Universiti Teknologi Malaysia menerima aku sebagai salah seorang mahasiswa dekat UTM City Kampus, KL.

Skip terus part orientasi, lecture etc sbb nak cerita psl hobi baru. Aku memang suka ambil gambar jadi haritu terfikir nak cuba buat street photography.

APA ITU STREET PHOTOGRAPHY?

street photography ialah satu seni fotografi jalanan ( bahasa melayu) yang kebiasaan nya para fotografer mengambil gambar di sekitar jalan atau bandar atau di mana mana tempat asalkan di luar. dikira macam outdoor aktiviti jugak.

Jadi minggu lepas aku sempat pergi ke Masjid Jamek selepas kelas yang habis kemain lambat. Pukul 4.15 bertolak dari kolej sampai Masjid Jamek lebih kurang jam 5. naik LRT saja.

Sekitar Masjid Jamek





Sebahagian gambar. 


Tau tak bukan main segan nak ambil gambar street ni, kau kena YOLO bila buat benda ni sebab org lain semua pandang. buat tak kisah je. Serious pertama kali buat benda ni amatlah mencabar.


Doakan perjalanan aku sebagai seorang mahasiswa dan juga sebagai beginner fotografer. 
Banyak lagi aku nak tingkatkan. 
Assalamualaikum

2 comments: